PDF to Flipbook

RENJANA | Cinta • Rindu • Kasih

Pameran Berkumpulan Anjuran APS

Apa itu Renjana? Renjana adalah Bahasa Melayu lama yang berasal dari Bahasa Sanskrit dan jarang digunakan pada masa kini. “Renjana” membawa maksud rasa hati yang memiliki keinginan yang kuat untuk sebuah perasaan cinta, kasih dan rindu. Renjana juga lazimnya dimaksudkan sebagai suatu pekerjaan yang dilakukan namun tidak mengharapkan apa-apa balasan kerana melakukannya
atas dasar kerelaan hati, atas dasar perasaan cinta dan suka.

Definisi Renjana yang lain juga adalah hasrat yang menyala, menyenangkan, sangat menarik dan juga satu perasaan yang sangat gembira. Kata ini juga memiliki padanan dalam Bahasa Inggeris iaitu
‘passion’ atau ‘enthusiasm’.